SELAMAT DATANG KEBLOG SAYA "XGUNNERS TAMAN LELA KAMUNTING TAIPING" Ramai manusia menangis kerana kehilangan cinta, kehilangan harta, kehilangan anak, kehilangan suami/isteri tetapi tidak ramai manusia yang menangis kerana kehilangan maruah, harga diri atau kehormatan! Hampir semua manusia tidak menangis kehilangan iman dan taqwa!!!
Dengar pembacaan alquraan
Sunday, August 15, 2010
Sejarah Rejimen Artilleri Malaysia
Rejimen Artileri Diraja ditubuhkan di Kajang pada 15 Ogos 1957 dengan satu Bateri
dimana sebahagian besar anggota-anggotanya ketika itu terdiri daripada bekas anggota
Artileri Diraja yang pernah berjuang di Pulau Belakang Mati, Singapura semasa Perang
Dunia II. Pada tahun 1957, seorang pegawai dari Malaya Command telah dihantar ke
Singapura untuk mempelawa rakyat Malaya yang berkhidmat di 1st Singapore Regiment
Royal Artillery untuk berkhidmat di Bateri Meriam Tentera Persekutuan. Seramai 89
anggota telah bersetuju dan bersedia untuk berkhidmat dengan Tentera Persekutuan.
Maka pada 15 Ogos 1957, tertubuhlah 1st Field Battery di Kajang, Selangor dengan
dianggotai oleh seramai 89 anggota. Bateri ini menggunakan meriam jenis 25 pounder
dan pegawai yang mula menjawat jawatan sebagai Ketua Bateri ialah Maj P Sherston
Baker MC, RA. Pada 16 Julai 1959, Kapt. N.T Lopez iaitu pegawai Tentera Persekutuan
yang ulung telah mengambil alih jawatan Ketua Bateri 1st Field Battery dari Mej. M.
Barkeley RA. Pada tahun 1962, pihak Kerajaan British telah membuat keputusan untuk
menubuhkan sebuah bateri artileri untuk Tentera Persekutuan di Semenanjung Tanah
Melayu.
Peranan Rejimen Artileri Diraja adalah untuk memberi bantuan tembakan yang berkesan
kepada pasukan tempur di medan pertempuran supaya pihak musuh tidak dapat
mengganggu operasi pasukan sahabat atau tidak dapat mengatur rancangan operasi
mereka dengan efektif.
Rejimen Artileri kini dilengkapi dengan pelbagai meriam jarak dekat (10 km) dan
sederhana (45 km),sistem pelancar roket berganda (90 km), meriam serta peluru berpandu
anti pesawat. Rejimen Artileri turut mempunyai peralatan dan radar pengesan
persenjataan musuh serta peralatan kajicuaca bagi memudahkan data-data tembakan
diberi dengan cepat dan tepat

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Saya saorang bekas Tentera Artilleri di Taiping tahun 1965 (X 650965) dan saya berminat dengan Blok ini. Saya berharap sangat jika dapat di letak kan no. telipon tentera anggota artileri yang mula bertugas pada sekitar tahun 64, 65 dan 66 semoga kita dapat berhubung di antara satu dengan lain. Terima Kasih
ReplyDeleteSaya Deri Bin Ahmad 07-8672071 / 0167622455