Assalamualaikum selamat datang keblog ini semoga semua pengunjung berkeadaan sehat selalu,murah rezeki,mendapat pertunjuk dan keselamatan hendaknya.
HTML Free Code


Dengar pembacaan alquraan

Listen to Quran

Peristiwa

Read More......

Mohd Nor Yahya   
GUA MUSANG, 21 Okt: Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad diumumkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N.45 Dun Galas.
Pengumuman itu dibuat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada majlis pengisytiharan calon di Dataran Ilmu, di sini sekitar jam 11.54 malam ini.
“Inilah pemimpin yang PAS pilih sebagai ‘Calon Kita’ bagi Pilihan Raya Kecil N.45 Dun Galas. Beliau adalah Dr Zulkefli Mohamad,” umumnya yang juga Menteri Besar Kelantan.
Menurut Tuan Guru Nik Aziz, Zulkefli dipilih kerana diyakini mampu meneruskan kerja cemerlang yang telah diusahakan wakil rakyat sebelum ini, Allahyarham Chek Hashim Sulaima.
Hadir sama pada majlis tersebut, semua pimpinan utama PAS Pusat termasuk Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Nasharudin Mat Isa. Turut serta ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Setiausaha Agung DAP, Datuk Ngeh Koo Ham.
Biodata Zulkefli:
Beliau merupakan anak kepada seorang pemimpin PAS, Mohamad Awang yang pernah dinobatkan sebagai Tokoh Penerangan PAS Kelantan tahun 1996.
Bapanya juga adalah bekas Adun Guchil, Kuala Krai tahun 1974-1978.
Ibunya pula, Ramelah Mat Jusoh seorang yang gigih mendidik 10 orang anak.
Hasilnya, calon PAS ini adalah anak yang ketujuh, seorang yang benar-benar mewarisi bakat perjuangan ayahnya.
Dr Zulkefli  dilahirkan pada tanggal 16 Januari 1966 bertempat di Guchil 3, Kuala Krai.
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Banggol Guchil, Kuala Krai. Kemudian meneruskan pengajian di peringkat menengah di Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra.
Kecemerlangannya dalam pelajaran terbukti apabila mendapat tawaran belajar di Universiti Malaya dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan tahun 1992.
Pengalamannya sebagai seorang doktor kerajaan di Hospital Taiping, Perak (1992) kemudian berpindah ke Hospital Besar Kota Bharu (1993) dan Pusat Kesihatan Ciku 3 Gua Musang; telah mendidik beliau menyayangi masyarakat dan memahami kesusahan hidup rakyat.
Justeru itu, beliau mengambil keputusan membuka klinik sendiri di Ciku 3, Gua Musang sebagai meneruskan khidmat dan merapatkan lagi hubungannya dengan rakyat.
Dr Zulkefli mula aktif dalam PAS apabila terlibat dengan cawangan ketika berkhidmat di Ciku 3, sehinggalah beliau terpilih untuk jawatan Yang Dipertua PAS Kawasan Gua Musang.
Beliau juga pernah bertanding dalam pilihan raya umum 2004 di Dun Galas dan pilihan raya umum 2008 bagi Parlimen Gua Musang.
Meskipun begitu, beliau menyedari bertanding di kubu kuat Tengku Razaleigh bukanlah mudah untuk mencapai kemenangan, namun dengan kegigihan dan kesungguhan, beliau tetap menghadapinya dan sedia memikul tanggungjawab parti.
Justeru, masyarakat dan parti menilainya sebagai seorang pemimpin yang ikhlas, taat dan rela berkorban demi perjuangan Islam.

MINUM AIR ZAM ZAM CAMPUR KAHAK

بسم الله الرحمن الرحيم


MANUSIA di sisi Allah adalah sama, kecuali amal ibadat yang membezakan darjat antara sa tu sama lain. Kisah yang ingin saya kongsi ini berlaku beberapa tahun lalu. Tujuan mendedahkan kisah ini bukan un tuk mengaibkan orang. Sebaliknya un tuk di ja dikan pengajaran agar peristiwa sama ti dak berulang pada jemaah lain yang akan me ngerjakan umrah atau haji pada masa akan da tang.

Sebagai hamba Allah, kita sepatut nya tidak memperlekehkan jemaah lain dise babkan pe­nyakit batuk kering yang dihidapinya. Biasanya apa yang kita tidak ingini itu akan ber laku ke atas diri kita. “Harap-harap janganlah aku di tempatkan dengan jemaah miskin. Aku takut mereka bawa macam-macam penyakit, nanti berjangkit pu la kat aku”. Kata-katanya itu menimbulkan kemarahan rakan je maah yang lain. “Tak elok awak berkata begitu. Kita datang ke Mekah untuk meng ab dikan diri kepada Allah, tapi awak pu la fikir bukan-bu kan,” kata ra kan nya.
Sewaktu di Padang Arafah, beliau ditem patkan bersama enam je maah lain dalam sebuah khemah ber ban ding khemah lain menempatkan la pan orang. Sewaktu berehat di dalam khemah, be liau ter nampak seorang pegawai Ta bung Haji ber sama seorang jemaah lelaki kurus sedang mengendong bekas membuang kahak di pinggangnya. Jemaah tua itu kelihatan menuju ke khemahnya.
“Tuan, saya tak mahu lelaki tua itu di tem patkan dalam khemah kami, nanti kami tak selesa". Memang dari dulu lagi beliau tidak tahan dengan kahak, se bab itu beliau mem ban­tah has rat pegawai Tabung Haji menem pat kan jemaah kurus itu da lam khemahnya. Ternyata Allah menge ta hui niat setiap hambanya. Apa bila pulang semula ke Me kah dan sebaik selesai solat Zuhur di Masjidil haram, tekak beliau bera sa amat kering sekali.

Disebabkan terlalu dahaga, tanpa disedari
 beliau telah mencapai gelas sebelah kiri yang telah digunakan oleh jemaah lain. Sepa tut nya beliau ambil gelas baru di sebelah ka nan tong air zam zam yang belum digunakan. Sewaktu meminum air zam zam itu beliau te rasa sesuatu yang aneh. Airnya agak pekat dan berlendir. Bila beliau lihat gelas itu alangkah terkejutnya beliau rupanya dalam gelas itu berisi kahak berwarna hijau. Hiii... beliau hampir muntah kerana terlalu geli. Disebabkan tidak puas hati beliau ber tanyakan pada jemaah berdekatan si apa yang meng gunakan gelas itu sebelum ini.
Kebetulan seorang jemaah Pakistan yang sedang tercegat di situ memberitahu dia yang meng gunakan gelas plastik itu. Lebih mem buatkan beliau betul-betul muntah apabila je­maah Pa kistan itu mengakui dia seorang peng hidap batuk kering. Dia mengaku kahak di dalam gelas itu di lu dahkannya kerana tidak ada tempat lain untuk me ludah. Kali ini beliau betul-betul termuntah apabila men dengar pengakuan jemaah Pakistan itu, tapi apakan daya kerana kahak tu sudahpun masuk ke dalam perutnya.
Barulah beliau sedar apa yang berlaku itu mung kin balasan Allah ke atas dirinya kerana ber­mulut celupar serta suka menghina orang se suka hati tanpa mengambil kira perasaan orang berkenaan.

***begitulah secebis pengajaran yang orangkasai terjumpa catatannya dalam warta perdana. selalu diceritakan orang bahawa mulut yang celupar ketika di Tanah Suci biasanya akan dibayar cash. tetapi kebanyakannya bayaran cash itu akan menginsafkan mana-mana jemaah yang terlibat. lalu mereka akan menginsafi betapa kerdil dan dhaif kita di sisi Allah swt. kepada muslimin & muslimat yang telah & akan berangkat ke Mekah selamat menunaikan fardu haji mudah-mudahan akan mendapat haji yang mabrur. Biduanita Kak Pah juga khabarnya akan ke Tanah Suci pada 3 November nanti. semoga menjadi titik mula untuk lebih mendekatkan diri padaNya***

-