Assalamualaikum selamat datang keblog ini semoga semua pengunjung berkeadaan sehat selalu,murah rezeki,mendapat pertunjuk dan keselamatan hendaknya.
HTML Free Code


Dengar pembacaan alquraan

Listen to Quran

Tuesday, February 11, 2014

Read More...... Kuliah maqrib yang diadakan disurau Nurul Khairiah Taman lela pada 10 Feb 2010








Tuesday, June 11, 2013

Read More......

AS-SYIFA' : PENYAKIT GOUT

Kaedah Merawat Penyakit Gout (As-Syifa' Melaka : 013-2006363)
BAHAN-BAHAN
1. Buah limau nipis yang sudah masak
2. Kapur sireh yang di buat daripada kulit kerang (bukan cap kerang)
3. Madu lebah asli (bukan madu lebah orang asli)
4. Kain pembalut (Bandage)
KAEDAH RAWATAN
1. Bacakan ayat-ayat dibawah pada bahan-bahan diatas
2. Bacaannya
Al-Fatihah
Selawat Syifa'
Surah Al-Hasyr
Doa Mengecilkan Bengkak
3. Bancuhkan kapur dan air limau yang diperah dan telah didoakan dan disapukan pada kawasan bengkak.
4. Sapukan madu lebah asli diatas sapuan kapur
5. Balut balutan itu seharian atau semalaman. Jika di balut pada waktu pagi, dibuka pada waktu malam . Jika di balut pada waktu malam, dibuka pada pagi keesokan harinya
6. Berdoa dan bermunajatlah kepada Allah
Peringatan1. Kapur dan air limau tadi akan memanaskan kawasan yang bengkak.
Petikan dari web sahabatku. http://www.berjalandanmelihat.blogspot.com/
Posted by [Azizan Ramly] at 4:01 PM 0 comments 
Kaedah ini diambil dari artikel Prof Dato' Dr Haron Din terbitan Mingguan Malaysia pada 19 Mac 1995

Monday, June 10, 2013

Monday, June 3, 2013

Read More......

HUKUM PAKAIKAN BENANG HITAM DI TANGAN BAYI?


MENJADI kebiasaan atau kelaziman di kampung saya, apabila terdapat kanak-­kanak menghadapi masalah kesihatan khususnya yang kerap menangis lebih daripada biasa, dibawa kepada perawat, lalu tangannya diikat dengan benang hitam atau benang berwarna lain, dengan pelbagai warna sebagai ikhtiar untuk perlindungan daripada pelbagai gangguan. Apakah rawatan dan amalan seperti ini diharuskan oleh syarak?

Jawapan OLEH DATO' DR HARON DIN
Saya sendiri pernah melihat perbuatan seperti itu dan sudah banyak kali kanak-kanak yang pada tangannya dipakaikan benang dibawa kepada saya untuk dirawat, Saya dengan bahasa yang penuh diplomasi meminta supaya benang hitam atau sebagainya termasuk tangkal, hendaklah dibuang dahulu sebelum saya mengikhtiarkan rawatan.
Amalan dan kelaziman yang disebut dalam soalan tadi, sebenarnya berten­tangan dengan ajaran Islam. Banyak hadis yang memberi penjelasan, antaranya hadis yang bermaksud: "Uqbah Ibnu ‘Amir berkata, ‘Saya pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, barang siapa yang meng­gantung tangkal (Damimah) maka Allah SWT tidak akan menyempurnakan hajat­nya dan barang siapa yang menggantung objek seperti kulit siput (Wada'ah), maka Allah tidak akan menenteramkannya.'"
Jelas daripada hadis ini Nabi s.a.w. melarang sebarang penggunaan tangkal. Tangkal dirujuk kepada benang, tali atau apa sahaja yang dipakai pada badan, untuk tujuan mendapat faedah yang diharamkan kepada orang yang memakainya.
Dalam hadis lain (mahfumnya ): Rasulullah s.a.w. telah lihat ada satu lilitan seperti gelang (halaqah) yang dipakai di tangan seorang lelaki, lalu baginda bertanya lelaki itu, ‘Apakah yang kamu pakai ini? "Lelaki itu menjawab, "Aku jadikannya sebagai pendinding atau pengadang diriku daripada sebarang kelemahan."
"Lalu baginda bersabda kepadanya, ‘Sesungguhnya benda-benda seperti ini, tidak akan menambahkan kepada mu melainkan kelemahan jua, buanglah ia kerana sesungguhnya, sekiranya kamu mati dalam keadaan memakai benda seperti ini, kamu akan diserahkan kepada benda itu." (Hadis riwayat ‘Imran bin Hussain dan Imam Ahmad Ibni Hambal).
Dalam hadis lain (mafhumnya): "Dan Abu Bashir al-Ansari meriwayatkan, pada suatu ketika beliau telah bersama dengan Rasulullah s.a.w. dalam satu perjalanan dengan menunggang unta, maka baginda melihat ada unta-unta yang dipakaikan tangkal kepada unta tersebut.
"Lalu baginda memerintahkan kepada kami, agar apa sahaja rantai, kalungan (qilaadah) yang terdapat pada mana-mana unta hendaklah dipotong dan dibuang." (Hadis riwayat aI-Bukhari dan Muslim).
Sebab utama mengapa Nabi s.a.w. memerintah dilakukan demikian, sebab utamanya seperti yang disebut oleh Imam Ibnu Jauzi iaitu, orang-orang Arab mem­percayai bahawa dengan memakai tangkal pada unta, akan selamat daripada gangguan. Kepercayaan sedemikian boleh membawa kepada syirik, samalah dengan persoalan yang dikemukakan tadi.

Ingatlah bahawa dengan mengikat benang hitam pada lengan kanak-kanak, atau membuat tangkal dengan simpulan benang pelbagai warna dipakai di leher atau di pinggang kanak-kanak atau orang tua­-tua, atas kepercayaan ia boleh memberi manfaat kepada manusia, kesemuanya dilarang.
Terdapat dalam hadis lain Nabi saw. menyebut (mafhumnya): "Sesiapa yang mengikat simpulan benang lalu meniup kepada benang itu dan dipakai, maka dia telah syirik kepada Allah SWT."
Oleh yang demikian maka eloklah dihentikan amalan-amalan seperti itu.
Waalahu a'lam.
(Petikan dari Harakah Bil.1335)

Saturday, June 1, 2013

Tuesday, March 12, 2013

Saka kesan dan cara rawatannya

Read More...... SAKA : KESAN DAN CARA RAWATANNYA

. Kenali Diri Anda, Bersaka Atau Tidak..................... Abstrak : Saka adalah perkataan yang sangat ditakuti kini dalam masyarakat kita berbanding dengan perkataan pusaka. Saka lebih sinonim dengan adanya pertalian dengan makhluk halus jin dan syaitan. Saka yang asalnya daripada sebelah atas keturunan kita biasanya akan mengikuti anak cucu ataupun dengan lain perkataan berdamping dengan pewarisnya. Permasalahan ghaib ini yang turun dari satu generasi ke satu generasi yang terkebawah ini adakalanya dianggap suatu keistimewaan dan kelebihan tetapi benarkah dakwaan itu? Kertas kerja ini cuba mengupas definisi saka, asal-usul, faktor kemasukan saka, tanda-tanda ada saka, kesan bersaka dan kaedah untuk rawatan saka. Moga mendapat manafaat dari perkongsian ilmu yang sedikit ini.

 APAKAH MAKNA SAKA?

 Menurut Kamus Dewan, edisi ketiga h.1170 “saka” bermakna pusaka. Saka juga dimaknakan leluhur daripada kedua belah pihak sebelah ibu dan bapa. Sebenarnya memang terdapat perbezaan diantara perkataan saka dan pusaka. Pusaka, lebih merujuk kepada harta benda yang diwarisi oleh seseorang dari seseorang yang ada kaitan nasab yang rapat yang telah meninggal dunia. Saka pula pada pengertiaan biasa dalam masyarakat Melayu tidak sama maksudnya dengan pusaka tadi. Ini disebabkan perkataan saka itu biasanya digunakan secara khusus berkaitan dengan berbagai ilmu dan amalan yang salah dan sesat dalam pandangan Islam yang biasanya akan melibatkan jin dan syaitan. Perumpamaan yang mudah ialah pusaka sangat menarik minat pewaris sehingga mereka sanggup berebut untuk mendapatkannya, tetapi saka pula mereka berebut untuk menolaknya. Kenapa situasi ini berlaku? Sebab jelas kepada kita memang terdapat perbezaan yang besar antara keduanya. Satu berbentuk harta benda yang menggamit nafsu manusia untuk memilikinya manakala saka yang berbentuk ilmu yang melibatkan jin dan syaitan amat menakutkan kepada sesiapa sahaja. Bila disebut; “Ahmad dapat pusaka dari ayahnya yang telah meninggal dunia”’ bermaksud Ahmad telah mewarisi harta kekayaan dari ayahnya yang telah meninggal dunia. Tetapi bila disebut; “Ahmad dapat saka dari ayahnya yang telah meninggal dunia”’ bermaksud Ahmad telah mewarisi ilmu dan amalan salah dan sesat yang melibatkan penggunaan jin dan syaitan dari ayahnya yang telah pun meninggal dunia.

 DARI MANA ASAL-USUL SAKA? Untuk memudahkan perbincangan penulis cuba mengkategorikan tajuk ini kepada dua faktor utama supaya kita nampak dengan lebih jelas dari mana asal-usul saka.

 1. Saka berasal dari asal-usul kita iaitu yang diterima daripada ibubapa, datuk nenek, moyang dan usul keturunan kita di sebalah atas. Inilah pendapat umum yang sangat popular di negara kita sehingga ada yang menyatakan saka ini boleh diwarisi sehingga lebih tujuh keturunan, malahan jika melanggar pantang-larang kemungkinan saka itu akan bertapak selama-lamanya dalam pewarisan berkenaan. Biasanya saka ini hanya melibatkan adanya pertalian darah, jika tiada adalah sukar untuk saka berkenaan memasuki tubuh seseorang. 2. Saka yang berasal bukan disebabkan keturunan, tetapi saka datangnya dari pihak luar iaitu jika berlaku dalam keadaan sedemikian :-
 a. Mereka yang tinggal bersebelahan atau berjiran dengan bomoh atau pengamal perubatan yang menggunakan amalan yang salah iaitu menggunakan khidmat jin dan syaitan. Kejadian ini banyak berlaku tanpa disedari oleh jiran terbabit dan adalah dinasihatkan janganlah duduk berjiran dengan orang yang di atas.
 b. Pemandu, tukang kebun, orang gaji dalam sebuah rumah, mereka juga boleh diwarisi oleh saka tuan rumah tersebut apatah lagi jika mereka telah bekerja bertahun-tahun lamanya.
 c. Mereka yang bertugas di hospital seperti doktor, jururawat, attendan dan yang lainnya juga besar kemungkinan boleh menerima saka dari pesakit yang berjin dan bersyaitan yang mereka hadapi setiap hari.

 FAKTOR PENYEBAB SAKA Dalam masyarakat kita terutamanya bagi orang Melayu, kita boleh mengkategorikan diantara faktor-faktor penyebab hadirnya saka ialah seperti di bawah :
-
 1. Terlibat dengan ilmu dan amalan salah dan sesat yang meilbatkan penggunaan jin dan syaitan

 2. Akibat perbuatan sihir pada sesetengah orang juga merupakan antara faktor utama. Apabila seseorang dikatakan terkena buatan sihir jahat tidak kiralah atas sebab apa, maka mereka pastinya akan berubat untuk membuang segala kesakitan yang melibatkan jin dan syaitan. Dengan izin Allah ramai diantara mereka sembuh, tetapi kemungkinan yang berlaku masih terdapat sisa atau baki unsur-unsur sihir dalam jasad mereka tanpa disedari sebab jin dan syaitan hanya menumpang duduk tanpa menyakiti.

 3. Disebabkan ada jin atau syaitan yang marah (atas sebab tertentu) atau sengaja untuk menggoda dan merosakkan berbagai kepentingan kehidupan manusia. In imudah berlaku sebab jin dan syaitan sifatnya berkeliaran dan ada di mana-mana tempat dan mudahlah untuk mereka memasuki tubuh manusia.

 4. Manusia yang terlibat dengan dosa besar seperti berzina, lesbian, gay, berjudi, minum arak dan sebagainya sehingga menjadi ketagih maka tidak mustahil saka jahat ini akan diwarisi oleh anak-anak mereka. Perbuatan jahat dan dosa besar ini mestilah disebabkan dengan hasutan jin dan syaitan yang telah berjaya menakluki hati dan manusia tersebut. BEBERAPA JENIS DAN PROFESION SAKA Daalam masyarakat Melayu saka ada berbagai jenis yang bersandarkan kepada jenis ilmu dan amalan salah yang melibatkan jin dan syaitan. Ianya pula berkait rapat atau bergantung pula kepada jenis-jenis jin atau syaitan yang digunakan tersebut. Secara mudahnya, jenis saka ini dikenal dari dua sudut iaitu dari sudut ilmu dan amalan yang digunakan dan sudut kedua ialah jenis-jenis jin dan syaitan yang digunakan.

 A. SAKA DARI SUDUT ILMU DAN AMALAN YANG DIGUNAKAN i. Saka silat ii. Saka kebal iii. Saka penggerun iv. Saka penunduk v. Saka syarat tubuh vi. Saka seri muka vii. Saka kuat nafsu viii. Saka pagar rumah ix. Saka kuat kerja x. Saka kasih sayang xi. Saka sedap masakan xii. Saka sedap suara xiii. Saka pukau xiv. Saka halimunan xv. Saka kaya xvi. Saka pelaris dan sebagainya.

 B. SAKA DARI SUDUT JENIS-JENIS JIN DAN SYATAN YANG DIGUNAKAN i. Saka harimau ii. Saka buaya iii. Saka hantu raya iv. Saka pelesit v. Saka khadam ayat vi. Saka bunian vii. Saka ular viii. Saka bajang ix. Saka jembalang x. Saka hantu pocong xi. Saka polong dan sebagainya.

 TANDA-TANDA SESEORANG ADA ATAU MEMBELA SAKA

 1. Tanda-tanda pada fizikal iaitu dalam keadaan seperti :- jika ayah(usul) bertubuh sasa maka anak lelaki juga mempunyai bentuk sasa, jika si ayah kurus kering maka si anak juga kurus kering.

 2. Berbagai penyakit yang ada pada anak cucu sama seperti penyakit usul (ayah sebelah ke atas). Contoh, usul mengalami sakit sendi maka si anak cucu akan mengalami sakit sendi yang sama. Jika si usul gagap maka si anak cucu ada yang gagap. Jika si usul selalu sendawa, sembelit dan sebagainya maka samalah berlaku pada si anak cucu.

 3. Persamaan sifat dan tingkah laku antara usul dengan anak cucu juga menandakan anak cucu mewarisi saka dari usul mereka. Jika si usul bersifat garang, pemarah maka si anak cucu akan mewarisinya. Jika si usul pengasih, pelembut maka si anak cucu ada yang mewarisinya. Jika si usul pengotor, pembersih, rajin, malas, suka tidur, kuat makan , maka si anak cucu akan mewarisi salah satu daripadanya.

 4. Jika si usul boleh nampak hantu, boleh mendengar perbualan orang, boleh meneka dari pandangan mata orang lain, boleh mengetahui barang hilang, mendapat alamat seseorang akan meninggal dunia maka anak cucu juga akan mendapat sifat yang sama dan itulah antara saka mereka.

 5. Tidak berani bertentang mata dengan orang yang berilmu pengetahuan agama yang tinggi dan beramal dengan ilmunya.

 6. Dia mengetahui apabila ada orang yang menjelirkan lidah di belakangnya dan akan berpaling secara automatik

. 7. Meminta disembelihkan kambing atau inginkan darah kambing dalam pengubatannya

 8. Membaca jampi mentera yang tidak difahami

 9. Menulis dan memakaikan pesakit tangkal azimat yang tidak difahami

 10. Mendakwa kononnya mengetahui perkara-perkara ghaib. CARA MENERIMA SAKA Saka diterima berdasarkan cara dan bagaimana yang bersesuaian dengan ilmu dan amalan serta jenis jin dan syaitan yang digunakan. Mungkin ianya berbeza antara seseorang dengan seseorang yang lain. Penulis cuba untuk membahagikan peringkat penerima saka oleh seseorang kepada berikut :-

 1. Dengan cara si pewaris bersetuju menerima saka tersebut, maka secara automatik saka boleh masuk kedalam tubuh waris yang menerima, itupun bagi ilmu dan amalan yang bersesuaian. Jin yang nak bersaka juga akan memilih sama ada ia sesuai atau tidak untuk berkhidmat dan duduk dalam tubuh anak cucu yang sanggup menerima saka.

 2. Saka juga boleh masuk walaupun si anak cucu menolak keras atau dengan erti kata lain memang tidak mahu menerima saka tersebut.

 3. Saka masuk sejak kecil lagi dengan memberi tanda pada seseorang manusia sejak lahir lagi seperti, anak-anak selalu menangis tanpa henti-henti, selalu ditimpa dengan pelbagai penyakit, susah tidur malam dan sebagainya.

 4. Saka datang walaupun tiada unsur pertalian darah. Contoh, antara pemandu dengan tuannya. 3. Saka berpindah dengan sedikit upacara salam tangan sambil bercakap”Engkau terima ini ye”, maka jawab orang yang menerima “saya terima” 4. Melalui ucapan pun boleh seperti kata “ Ali, engkau ini adalah saudaraku dunia akhirat” maka si Ahmad secara tanpa sedar niat si pemberi akan menjawab; “Ialah kita ini memang bersaudara dunia akhirat”.

 5. Kaedah yang agak rumit sikit ialah seperti mengadakan upacara tertentu seperti menyembelih kambing, kepalanya mestilah dihanyutkan di sungai atas rakit. Dagingnya pula dibuat makan kenduri dan penerima saka akan diwajibkan mematuhi pantang-larang saka tersebut.

 6. Melalui pewarisan barang-barang lama seperti keris, tombak, sanggul, kacip sireh, dulang dan sebagainya. Ada yang perlu diasap kemenyan, dibalut kain kuning atau hitam, dan pelbagai lagi bentuk dan syarat yang tertentu.

 7. Melalui mimpi seperti bermimpi menyusukan bayi atau mengendong bayi, terjun dari bangunan yang tinggi dan selalu bermimpikan binatan hitam seperti kala jengking, ular dan anjing. Kadang-kadang pesakit akan bermimpi bertemu seseorang sama ada berjubah hijau atau hitam dan sebagai dan adaklanya mereka akan diberikan sesuatu barang untuk diterima. Yang kerap berlaku ialah penerima akan mempunyai kesan-kesan lebam pada tubuh setelah tersedar dari tidur dan kejadian ini telah lama berlaku tanpa disedari apakah maksudnya
.
 KESAN SAKA
 Saka telah meninggalkan impak yang sangat besar dan meluas dalam kehidupan manusia kerana ia merangkumi dalam semua aspek jenis kehidupan sama ada dari segi fizikal, spritual, keagamaan, ekonomi, sosial dan sebagainya. Walaupun saka lebih dilihat ilmu atau amalan yang melibatkan makhluk halus seperti jin dan syaitan tetapi kesan penglibatan saka ini merebak ke segenap aspek kehidupan manusia. Dengan sebab saka, manusia boleh mendapat penyakit fizikal, menyebabkan pergaduhan suami isteri, menyebabkan manusia tidak bekerja, melakukan aktiviti yang bercanggah dengan Islam dan sebagainya. Saka ini pula hidup semakin kuat dan angkuh hasil daripada kerjasama manusia dengan jin dan syaitan sepertimana yang diterangkan oleh Allah s.w.t dalam Surah al-An’am, ayat 128 yang bermaksud :-
 “Dan ingatlah hari kiamat padanya Allah himpunkan mereka semua (lalu Allah berfirman) “Wahai sekelian jin dan syaitan sesungguhnya kamu telah menyesatkan ramai manusia. Maka berkata manusia yang menjadi penolong-penolong jin dan syaitan itu; “Wahai Tuhan kami, sebahagian kami telah dapat kesenangan dengan sebahagian yang lain tapi dalam keadaan itu ajal kami yang Engkau tetapkan sampai (kami mati tanpa sempat bertaubat). Maka Allah berfirman “nerakalah tempat kamu, kamu kekal didalamnya kecuali apa yang Allah kehendaki”. Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.”
.
 A. KESAN DARI SUDUT AGAMA

 1. Merosakkan aqidah. Orang yang percaya dan bergantung harap pada bantuan dan pertolongan saka pastilah mereka ini dalam keadaan menyekutukan Allah s.w.t. 2. Apabila aqidah mereka ini sudah rosak maka akan terbatallah segala amalan mereka kerana sudah pasti amalan mereka tidak akan diterima oleh Allah s.w.t. 3. Pemilik saka akan sukar beribadat. Ada yang tidak boleh menunaikan haji ataupun umrah. Sesetengah diantara mereka akan menjadi sakit jika membaca Al-Quran
. B. KESAN DARI SUDUT KESIHATAN, SOSIAL DAN LAIN-LAIN
 1. Boleh menyebabkan si pemilik saka dan cucu cicit mereka akan menerima sakit yang sama seperti penyakit yang berkaitan jantung, buah pingang, pelbagai jenis kanser, talasemia, ulser, gastrik dan sebagainya.
 2. Boleh menyebabkan anak cucu si pemilik saka mempunyai mental yang lemah, tidak cergas, kadang-kadang menjadi bodoh.
 3. Boleh menyebabkan institusi kekeluargaan runtuh disebabkan pasangan suami isteri selalu bergaduh bercerai berai dan sebagainya. Timbul perasaan benci, gila seks, hilang nafsu seks, lemah tenaga batin secara tiba-tiba, salah faham, “queen control”, panas baran, malas dan sebagainya.
 4. Boleh menipudaya si pemiliknya kerana mereka akan beramal dan berzikir dengan jumlah yang tertentu atas arahan saka tersebut. Amalan baik ini tiada pahalanya kerana dibuat bukan kerana Allah semata-mata. 5. Boleh mengganggu si pembelanya jika mereka melanggar pantang larangnya.
6. Boleh menyebabkan tuannya susah keluar roh ketika hendak mati seperti kehausan yang amat sangat.
7. Akan menyebabkan seseorang itu tidak mahu berkahwin atau susah mendapat jodohnya, alat kelamin tak berfungsi, lemah tenaga batin dan sebagainya.
 8. Dalam hidup bermasyarakat, orang yang ada saka susah untuk bersepakat atau berunding bersama. Tidak beradab dan suka bergaduh, suka bawa fitnah dan sebagainya.

 KAEDAH RAWATAN SAKA Mengikut pengalaman penulis untuk merawat saka memerlukan pengorbanan yang bukannya sedikit. Ada jenis saka kena diubati sampai mati kerana kedegilan saka tersebut untuk keluar secara sepenuhnya dalam jasad si pewaris. Apa yang penting seseorang yang terlibat dengan saka dan berusaha membuangnya memerlukan komitmen yang berterusan. Saka bersifat “on” dan”off” iaitu boleh keluar masuk pada bila-bila masa sahaja. Jika kita pergi berubat maka saka akan keluar sekejap selama beberapa hari, minggu atau bulan dan kemudian saka akan masuk semula. Oleh itu, amat dipesankan kepada semua pesakit yang ada saka, buatlah rawatan pada jarak masa yang dekat antara satu hingga tiga bulan secara berturut-turut sehinggalah pulih sepenuhnya. Menguatkan keimanan dan tauhid kepada Allah s.w.t. adalah cara yang paling terbaik. Meningkatkan amalan wajib dan sunat, mendirikan qiyammulail, banyakkan bersedekah, mengekalkan zikir dan membaca al-Quran hanya semata-mata kerana Allah dan kemudian berdoa memohon perlindungaNya daripda sebarang kejahatan manusia dan jin sangat digalakkan. Diantara langkah-langkah yang perlu diambil ialah :-

 1. Melazimkan diri dengan bacaan ayatul Kursi selepas solat dan sebelum tidur atau ketika diganggu oleh makhluk halus.
 2. Sentiasa membaca doa menghalau syaitan dalam ayat 97-98 surah al-Mukminun
 3. Selalu membaca surah al-Baqarah, jika boleh dihabiskan setiap hari atau secara berperingkat
. 4. Sering membaca ta’awwuz ketika hendak melakukan sesuatu kerja.
 5.Amalkan setiap pagi dan petang membaca al-Mu’awwizat (surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas) dengan duduk mengadap kiblat sambil menadah tangan seperti orang berdoa selepas dibaca hendaklah dihembus pada tangan dan sapukanlah pada seluruh anggota badan yang terjangkau oleh tangan. Mohonlah perlindungan daripda gangguan jin dan syaitan.
 6. Lazimkan diri dengan melaksanakan ibadah qiyammulail kerana syaitan akan kepanasan apabila mendekati manusia yang sentiasa melakukan amalan qiyammulail.
 7. Bakar tulisan, buku, tangkal azimat yang diterima.
 8. Jangan berjumpa pengamal saka bagi tujuan pengubatan atau apa hajat sekalipun.
 9. Sentiasa berpuasa sunat pada hari yang disunatkan berpuasa seperti pada hari isnin dan khamis kerana dengan berpuasa boleh menyempitkan saluran darah yang secara automatik boleh menyekat pergerakan jin dan syaitan dalam badan manusia.
 10. Mendapatkan rawatan daripada pengamal perubatan Islam yang berasaskan syariat dan bukannya pengamal perubatan yang menggunkan khadam jin atau berdampingan dengan jin dan syaitan.
 11. Boleh juga memasangkan vcd bacaan ruqyah di rumah anda sebagai tambahan usaha di atas
.
 PENUTUP Semoga kertas kerja yang serba ringkas ini mampu menterjemahkan makna saka dan boleh difahami oleh semua yang hadir. Kebanyakan ulama’ seperti Imam Syafie, Imam Ahmad, Imam Ar-Razi dan Imam Ibnu Taimiyyah menolak keharusan manusia bersahabat dan menggunakan jin dalam apa jua bentuk urusan kehidupan manusia. Sekalipun mereka mendakwa bahawa ada kebakikannya menggunakan khidmat jin ini namun apa yang tersembunyi yang sengaja mereka lupakan ialah mudarat daripadanya jauh lebih besar berbanding sedikit manafaat yang mereka terima akibat tipudaya makhluk halus tersebut. Kertas kerja ini disediakan sempena Kursusr Perubatan Islam anjuran Jabatan Agama Islam Melaka (Bahagian Penguatkuas, Pendidikan dan Penyelidikan) pada 18-19 Oktober 2011 di Balai Islam, Jalan Pandan, Melaka. Md Zaini Bin Zainal (AS-SYIFA’ MELAKA ) Melaka. Tel : 013-2006363 Email : iq_insan@yahoo.com

Friday, July 6, 2012

Read More...... KISAH NABI SALEH ALAI HIS SALAM

Tsamud adalah nama suatu suku yang oleh sementara ahli sejarah dimasukkan bahagian dari bangsa Arab dan ada pula yang menggolongkan mereka ke dalam bangsa Yahudi. Mereka bertempat tinggal di suatu dataran bernama "Alhijir" terletak antara Hijaz dan Syam yang dahulunya termasuk jajahan dan dikuasai suku Aad yang telah habis binasa disapu angin taufan yang di kirim oleh Allah s.w.t. sebagai pembalasan atas pembangkangan dan pengingkaran mereka terhadap dakwah dan risalah Nabi Hud a.s. Kemakmuran dan kemewahan hidup serta kekayaan alam yang dahulu dimiliki dan dinikmati oleh kaum Aad telah diwarisi oleh kaum Tsamud. Tanah-tanah yang subur yang memberikan hasil berlimpah ruah, binatang-binatang perahan dan lemak yang berkembang biak, kebun-kebun bunga yag indah-indah, bangunan rumah-rumah yang didirikan di atas tanah yang datar dan dipahatnya dari gunung. Semuanya itu menjadikan mereka hidup tenteram ,sejahtera dan bahgia, merasa aman dari segala gangguan alamiah dan bahawa kemewahan hidup mereka akan kekal bagi mereka dan anak keturunan mereka.

Kaum Tsamud tidak mengenal Tuhan. Tuhan mereka adalah berhala-berhala yang mereka sembah dan puja, kepadanya mereka berqurban, tempat mereka minta perlindungan dari segala bala dan musibah dan mengharapkan kebaikan serta kebahagiaan. Mereka tidak dapat melihat atau memikirkan lebih jauh dan apa yang dapat mereka jangkau dengan pancaindera.

Nabi Saleh Berdakwah Kepada Kaum Tsamud

Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang tidak akan membiarkan hamba-hamba-Nya berada dalam kegelapan terus-menerus tanpa diutusnya nabi pesuruh disisi-Nya untuk memberi penerangan dan memimpin mereka keluar dari jalan yang sesat ke jalan yang benar. Demikian pula Allah s.w.t. tidak akan menurunkan azab dan seksaan kepada suatu umat sebelum mereka diperingatkan dan diberi petunjukkan oleh-Nya dengan perantara seorang yang dipilih untuk menjadi utusan dan rasul-Nya. Sunnatullah ini berlaku pula kepada kaum Tsamud, yang kepada mereka telah diutuskan Nabi Saleh seorang yang telah dipilih-Nya dari suku mereka sendiri, dari keluarga yang terpandang dan dihormati oleh kaumnya, terkenal tangkas, cerdik pandai, rendah hati dan ramah-tamah dalam pergaulan.

Dikenalkan mereka oleh Nabi Saleh kepada Tuhan yang sepatut mereka sembah, Tuhan Allah Yang Maha Esa, yang telah mencipta mereka, menciptakan alam sekitar mereka, menciptakan tanah-tanah yang subur yang menghasilkan bahan-bahan keperluan hidup mereka, mencipta binatang-binatang yang memberi manfaat dan berguna bagi mereka dan dengan demikian memberi kepada mereka kenikmatan dan kemewahan hidup dan kebahagiaan lahir dan batin. Tuhan Yang Esa itulah yang harus mereka sembah dan bukan patung-patung yang mereka pahat sendiri dari batu-batu gunung yang tidak berkuasa memberi sesuatu kepada mereka atau melindungi mereka dari ketakutan dan bahaya.

Nabi Saleh memperingatkan mereka bahawa ia adalah seorang daripada mereka, terjalin antara dirinya dan mereka ikatan keluarga dan darah. Mereka adalah kaumnya dan sanak keluarganya dan dia adalah seketurunan dan sesuku dengan mereka. Ia mengharapkan kebaikan dan kebajikan bagi mereka dan sesekali tidak akan menjerumuskan mereka ke dalam hal-hal yang akan membawa kerugian, kesengsaraan dan kebinasaan bagi mereka. Ia menerangkan kepada mereka bahawa ianya adalah pesuruh dan utusan Allah s.w.t. dan apa yang diajarkan dan didakwahkan kepada mereka adalah amanat Allah s.w.t. yang harus dia sampaikan kepada mereka untuk kebaikan mereka semasa hidup mereka dan sesudah mereka mati di akhirat kelak. Ia mengharapkan kaumnya mempertimbangkan dan memikirkan sungguh-sungguh apa yang ia serukan dan anjurkan dan agar mereka segera meninggalkan persembahan kepada berhala-berhala itu dan percaya beriman kepada Allah Yang Maha Esa seraya bertaubat dan mohon ampun kepada-Nya atas dosa dan perbuatan syirik yang selama ini telah mereka lakukan. Allah s.w.t. dekat kepada mereka mendengarkan doa mereka dan memberi ampun kepada yang salah bila dimintanya.

Terperanjatlah kaum Saleh mendengar seruan dan dakwahnya yang bagi mereka merupakan hal yang baru yang tidak diduga akan datang dari saudara atau anak mereka sendiri. Maka serentak ditolaklah ajakan Nabi Saleh itu seraya berkata mereka kepadanya: "Wahai Saleh! Kami mengenalmu seorang yang pandai, tangkas dan cerdas, fikiranmu tajam dan pendapat serta semua pertimbangan mu selalu tepat. Pada dirimu kami melihat tanda-tanda kebajikan dan sifat-sifat yang terpuji. Kami mengharapkan dari engkau sebetulnya untuk memimpin kami menyelesaikan hal-hal yang rumit yang kami hadapi, memberi petunjuk dalam soal-soal yang gelap bagi kami dan menjadi ikutan dan kepercayaan kami di kala kami menghadapi krisis dan kesusahan. Akan tetapi segala harapan itu menjadi meleset dan kepercayaan kami kepadamu tergelincir hari ini dengan tingkah lakumu dan tindak tandukmu yang menyalahi adat-istiadat dan tatacara hidup kami. Apakah yang engkau serukan kepada kami? Engkau menghendaki agar kami meninggalkan persembahan kami dan nenek moyang kami, persembahan dan agama yang telah menjadi darah daging kami menjadi sebahagian hidup kami sejak kami dilahirkan dan tetap menjadi pegangan untuk selama-lamanya. Kami sesekali tidak akan meninggalkannya kerana seruanmu dan kami tidak akan mengikutimu yang sesat itu. Kami tidak mempercayai cakap-cakap kosongmu bahkan meragukan kenabianmu. Kami tidak akan mendurhakai nenek moyang kami dengan meninggalkan persembahan mereka dan mengikuti jejakmu."

Nabi Saleh memperingatkan mereka agar jangan menentangnya dan agar mengikuti ajakannya beriman kepada Allah s.w.t. yang telah mengurniai mereka rezeki yang luas dan penghidupan yang sejahtera. Diceritakan kepada mereka kisah kaum-kaum yang mendapat seksa dan azab dari Allah s.w.t. kerana menentang rasul-Nya dan mendustakan risalah-Nya. Hal yang serupa itu boleh terjadi di atas mereka jika mereka tidak mahu menerima dakwahnya dan mendengar nasihatnya, yang diberikannya secara ikhlas dan jujur sebagai seorang anggota dari keluarga besar mereka dan yang tidak mengharapkan atau menuntut upah daripada mereka atas usahanya itu. Ia hanya menyampaikan amanat Allah s.w.t. yang ditugaskan kepadanya dan Allah s.w.t.lah yang akan memberinya upah dan ganjaran untuk usahanya memberi pimpinan dan tuntutan kepada mereka.

Sekelompok kecil dari kaum Tsamud yang kebanyakkannya terdiri dari orang-orang yang kedudukan sosial lemah menerima dakwah Nabi Saleh dan beriman kepadanya sedangkan sebahagian yang terbesar terutamanya mereka yang tergolong orang-orang kaya dan berkedudukan tetap berkeras kepala dan menyombongkan diri menolak ajakan Nabi Saleh dan mengingkari kenabiannya dan berkata kepadanya: "Wahai Saleh! Kami kira bahawa engkau telah kerasukan syaitan dan terkena sihir. Engkau telah menjadi gila. Akalmu sudah berubah dan fikiranmu sudah kacau sehingga engkau dengan tidak sedar telah mengeluarkan kata-kata ucapan yang tidak masuk akal dan mungkin engkau sendiri tidak memahaminya. Engkau mengaku bahawa engkau telah diutuskan oleh Tuhanmu sebagai nabi dan rasul-Nya. Apakah kelebihanmu daripada kami semua sehingga engkau dipilih menjadi rasul, padahal ada orang-orang di antara kami yang lebih patut dan lebih cekap untuk menjadi nabi atau rasul drp engkau. Tujuanmu dengan bercakap kosong dan kata-katamu hanyalah untuk mengejar kedudukan dan ingin diangkat menjadi kepala dan pemimpin bagi kaummu. Jika engkau merasa bahawa engkau sihat badan dan sihat fikiran dan mengaku bahawa engkau tidak mempunyai arah dan tujuan yang terselubung dalam dakwahmu itu maka hentikanlah usahamu menyiarkan agama barumu dengan mencerca persembahan kami dan nenek moyangmu sendiri. Kami tidak akan mengikuti jalanmu dan meninggalkan jalan yang telah ditempuh oleh orang-orang tua kami lebih dahulu.

Nabi Saleh menjawab: "Aku telah berulang-ulang mengatakan kepadamu bahawa aku tidak mengharapkan sesuatu apapun daripadamu sebagai imbalan atas usahaku memberi tuntunandan penerangan kepada kamu. Aku tidak mengharapkan upah atau mendambakan pangkat dan kedudukan bagi usahaku ini yang aku lakukan semata-mata atas perintah Allah s.w.t. dan daripada-Nya kelak aku harapkan balasan dan ganjaran untuk itu. Dan bagaimana aku dapat mengikutimu dan menterlantarkan tugas dan amanat Tuhan kepadaku, padahal aku talah memperoleh bukti-bukti yang nyata atas kebenaran dakwahku. Janganlah sesekali kamu harapkan bahawa aku akan melanggar perintah Tuhanku dan melalaikan kewajibanku kepada-Nya hanya semata-mata untuk melanjutkan persembahan nenek moyang kami yang bathil itu. Siapakah yang akan melindungiku dari murka dan azab Tuhan jika aku berbuat demikian? Sesungguhnya kamu hanya akan merugikan dan membinasakan aku dengan seruanmu itu."

Setelah gagal dan berhasil menghentikan usaha dakwah Nabi Saleh dan dilihatnya ia bahkan makin giat menarik orang-orang mengikutinya dan berpihak kepadanya para pemimpin dan pemuka kaum Tsamud berusaha hendak membendung arus dakwahnya yang makin lama makin mendpt perhatian terutama dari kalangan bawahan menengah dalam masyarakat. Mereka menentang Nabi Saleh dan untuk membuktikan kebenaran kenabiannya dengan suatu bukti mukjizat dalam bentuk benda atau kejadian luar biasa yang berada di luar kekuasaan manusia.

Wednesday, July 4, 2012

Read More......

DOA PELBAGAI GUNA YANG SANGAT MUJARAB


Sebagai ikhtiar untuk keselamatan diri anda, digalakkan membaca serta mengamalkan doa di atas untuk segala amal perbuatan anda. Moga Allah melindungi hambaNya. Bacalah pada ketika :- 1. Ingin melakukan setiap perkara/pekerjaan dalam kehidupan seharian anda 2. Jadikan doa perjalanan semasa menaiki apa jua kenderaan dan urusan 3. Baca sebelum makan untuk mengelak sihir, santau dan sebagainya 4. Dan amalkan dalam setiap masa dan keadaan, hanya yang beramal akan tahu keberkatannya. Allah jua tempat makhluk bergantung harap.

Sunday, December 11, 2011

Read More......

Amalan Memurahkan Rezeki

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

      
1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.
Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan
menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad,Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3.Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4.Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
        
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani,al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki,
berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin,juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7.Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8.Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan,kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9.Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain.Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10.Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti hariansebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11.Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12.Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13.Bersedekah
         
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14.Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah

15.Melazimi solat Dhuha
                 
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16.Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat
menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu;
misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi
doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu,bukalah
pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, diatidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18.Berdoa
        
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19.Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah
beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya,hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20.Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan(keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattabr.a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.